Tuesday, December 12, 2017
vital-top
updated 9:42 AM UTC, Dec 12, 2017

SUKMA - Persediaan Sukan Karate Memuaskan

  • Published in Sukan

Miri - Persediaan rapi penganjuran sukan Karate bagi Temasya Sukan Malaysia, SUKMA Ke-18 di bandaraya Miri, Sarawak memuaskan. 

Itu komen Presiden Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF), Tan Sri Mohd Ali Rustam. 

Persiapan itu termasuk venue pertandingan, tatacara pengadil dan penginapan. 

Tambahnya, kemudahan sukan di Miri bukan setakat untuk SUKMA malah juga bersedia bagi acara sukan bertaraf dunia. 

Tan Sri Mohd Ali berharap para atlit dan jurulatih sukan karate dapat bersedia dalam tempoh tiga tahun dari sekarang bagi mengambil bahagian dalam semua kejohanan yang dianjurkan sehingga layak ke peringkat sukan Olimpik. 

Beliau turut optimis negara mampu membawa pulang sekurang-kurangnya satu pingat emas dalam acara Kumite bawah 65 Kilogram Wanita di sukan Olimpik tahun 2020 akan datang.