Saturday, October 21, 2017
vital-top
updated 2:46 PM UTC, Oct 21, 2017

Woods Tidak Akan Beraksi Pada Terbuka Amerika

Georgia - Jaguh golf veteran, Tiger Woods tidak akan beraksi pada Kejohanan Terbuka Amerika Syarikat minggu depan. 

Woods juga akan terlepas semua kejohanan sepanjang musim ini kerana memerlukan masa untuk sembuh daripada sakit belakang dialaminya. 

Juara kejohanan major 14 kali itu masih memerlukan masa untuk pulih daripada sakit belakang dialaminya selepas dua kali menjalani pembedahan.   

Ini bermakna Woods tidak akan beraksi selepas kali terakhir menduduki tangga ke 10 pada Kejohanan Wyndham di North Carolina, Ogos lalu. 

Menurut ejen pemain berusia 40 tahun ini, Mark Steinberg Woods terpaksa memilih  untuk fokus memulihkan kesakitannya sebelum saingan musim depan bermula Oktober ini. 

Woods juga akan terlepas kejohanan Masters dalam Jelajah dan Kejohanan Terbuka yang akan bermula 28 Julai ini di Kelab Golf  Baltusrol buat kali ke 98. 

Woods juga dinamakan sebagai penolong kapten pasukan Piala Ryder Amerika yang akan berlangsung pada 30 September di Hazeltine National. 

Beliau kini merudum ke ranking 628 dunia selepas kali terakhir menjuarai Kejohanan Antarabangsa Bridgestone di Akron, Ohio pada 2013. 

Kali terakhir beliau menjuarai Terbuka Amerika pada 2008.