Saturday, October 21, 2017
vital-top
updated 2:46 PM UTC, Oct 21, 2017

Kejohanan Mygasing Disertai 34 Pasukan

Kuantan - Sebanyak 34 pasukan dari 12 negeri akan mengambil bahagian dalam Kejohanan Mygasing peringkat kebangsaan di Gelanggang Gasing, Majlis Perbandaran Temerloh pada Sabtu dan Ahad ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Pahang Samsurin Meli berkata, sebanyak dua kategori dipertandingkan iaitu remaja berumur 13 hingga 17 tahun dan terbuka 18 tahun ke atas.

"Pahang akan menghantar tujuh pasukan bagi menyertai kedua-dua kategori itu manakala negeri lain hanya menghantar dua pasukan sahaja," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata kejohanan dua hari itu menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM42,000 selain piala dan sijil.

Beliau berkata ini adalah kali kedua Pahang menganjurkan kejohanan itu selepas kali terakhir pada 2007.

Samsurin berkata JKKN juga bercadang menjadikan kejohanan berkenaan sebagai acara dwitahunan dengan Pahang sebagai tuan rumah.