Saturday, October 21, 2017
vital-top
updated 2:46 PM UTC, Oct 21, 2017

Piala Malaysia 2016 : Kuala Lumpur Kalahkan Pahang 2-0

Selayang - Selepas kekalahan 0-1 kepada Selangor 12 Julai lalu, malam tadi pasukan Kuala Lumpur melakarkan kejutan apabila berjaya mengutip 3 mata pertama dengan menundukkan Pahang dalam perlawanan kedua saingan Kumpulan B.

Beraksi di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, tuan rumah tidak menunggu lama apabila di depan 1-0 selepas sepakan percuma Leonardo Moriera terus masuk ke gawang Tok Gajah pada minit ke-10.

Pelawat kemudiannya cuba mencari gol penyamaan, namun usaha Pahang berjaya dipatahkan oleh barisan pertahanan skuad The Hawks.

Kedudukan itu kekal hingga tamat aksi babak pertama.

Separuh masa kedua aksi makin menarik apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.

Percubaan Jonathan Zorilla yang terkena tiang gol pada minit ke-50 berjaya ditebus 2 minit kemudian untuk menewaskan Mohd Helmi Eliza di gawang Tok Gajah.

Anak-anak buah Razip Ismail juga mempunyai peluang terbaik untuk menjaringkan gol namun nasib tidak menyebelahi mereka.

Tamat perlawanan Kuala Lumpur 2, Pahang 0.