Wednesday, December 13, 2017
vital-top
updated 8:55 AM UTC, Dec 13, 2017

FAM Sedia Beri Penjelasan Kepada Dakwaan Tunku Ismail Sultan Ibrahim

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Persatuan Bola Sepak Malaysia bersedia untuk bersemuka dengan Penasihat di Raja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor PBNJ bagi menjelaskan mengenai  aktiviti gelap dalam FAM seperti didakwa Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin menjelaskan jika benar seperti didakwa pihaknya tidak akan teragak agak mengambil tindakan kerana usaha membasmi kegiatan tidak bermoral itu sudah lama dilaksanakan melalui Jawatankuasa Integriti.

Datuk Hamidin terbuka untuk mengadap sendiri Tunku Ismail berhubung dakwaan yang dikeluarkan pemilik Kelab JDT itu.

Tambah Datuk Hamidin, pegawai-pegawai yang menerajui FAM terdiri daripada kalangan ahli perniagaan, politik serta jabatan kerajaan dan swasta.

Setiap ahli jawatankuasa dipilih mengikut undang-undang persatuan.

Tambahnya, FAM juga tidak membenarkan budaya rasuah dalam organisasi kerana Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa FIFA dan Konfederasi Bola Sepak Asia AFC turut bertegas dalam menangani hal ini.

Sebelum ini, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, mendakwa mempunyai bukti mengenai salah laku yang berlaku dalam FAM dan menegaskan sudah tiba masanya penyokong bola sepak tanah air melihat dan membuat penilaian.