Logo

Moto3 - Khairul Idham Pawi Tawan Litar Sachsenring, German

German - Pelumba Moto 3 negara, Khairul Idham Pawi sekali lagi mencatat sejarah sebagai pelumba negara pertama memenangi dua perlumbaan dalam Kejohanan MotoGP Dunia,  selepas menang perlumbaan di Litar Sachsenring, Grand Prix Jerman. 

Pelumba terkenal dengan jolokan Super KIP itu mengulangi pencapaian menggagumkan selepas pertama kali menang pada perlumbaan GP Argentina, April lalu. 

Bermula  dari petak 20, Khairul Idham seakan membuktikan kejaguhannya menguasai permukaan litar basah selepas berhadapan situasi sama pada perlumbaan GP Argentina. 

Pelumba berusia 17 tahun dari pasukan Honda Team Asia itu mencatatkan masa 47 minit 7 saat meninggalkan pelumba Itali, Andrea Locatelli dari pasukan Leopard Racing di tempat kedua dengan perbezaan masa 11 saat. 

Tempat ketiga dimenangi seorang lagi pelumba Itali, Enea Bastianini dari pasukan Gresini Racing. 

Khairul Idham kini menduduki tangga ke- 10 keseluruhan, mengumpul 54 mata. 

Seorang lagi pelumba negara, Adam Norrodin bagaimanapun gagal menamatkan perlumbaan. 

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.