Friday, August 23, 2019
updated 8:57 AM UTC, Aug 23, 2019

Liga Super : Felda United Dapatkan Khidmat Fakri Saarani

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Felda United mendapatkan khidmat bekas pemain Kedah, Fakri Saarani secara pinjaman bagi memperkuatkan pasukan mengharungi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim ini.

Pemain asal Kelantan itu bakal diturunkan dalam kesebelasan utama The Fighters menentang Perak dalam saingan Liga Super di Stadium Tun Abdul Razak, jengka Sabtu ini.

Dengan adanya pemain kebangsaan ini, Ketua Jurulatih Irfan Bakti berharap akan menjadi tunjang kepada FELDA United.

Fakri yang dipinjamkan sehingga akhir November nanti tidak melihat sebarang masalah untuknya menyesuaikan diri dengan pasukan baru.

Ini kerana keserasian dengan pemain lain sudah wujud kerana pernah beraksi dengan pasukan Kelantan dan Perlis sebelum ini.   

Majlis menandatangani kontrak perjanjian disaksikan oleh Timbalan Presiden Felda United Datuk Mohd Isa Abu Kasim dan Setiausaha Agung, Zulkarnain Muhammad.