Thursday, December 14, 2017
vital-top
updated 2:02 AM UTC, Dec 14, 2017

Aidil Umum Persaraan Dari Skuad Kebangsaan

  • Published in Sukan

Larkin - Selepas menabur bakti hampir 13 tahun bersama skuad kebangsaan sejak berumur 16 tahun, tonggak pertahanan negara, Aidil Zafuan Abdul Razak mengumumkan persaraannya daripada aksi antarabangsa. 

Aidil Zafuan Abdul Razak, 29 tahun yang memiliki 68 caps  bersama skuad kebangsaan telah beraksi sejak tahun 2007. 

Aidil Zafuan melalui twitternya, keputusan untuk bersara dilakukan kerana ingin membuka peluang kepada pemain-pemain muda diberi pendedahan di peringkat antarabangsa. 

Dalam perkembangan sama, ketua pasukan kebangsaan, Safiq Rahim turut dikatakan berhasrat untuk bersara daripada pentas antarabangsa.