Olimpik Rio - Pelayar Negara Atlet Pertama Berlepas Ke Brazil
- Ditulis oleh BeritaRTM
- Published in Sukan
Kuala Lumpur - Menjelang saingan temasya Sukan Olimpik Rio, 5 Ogos nanti, Atlit pelayaran negara, Khairulnizam Mohd. Afendy menjadi atlit pertama negara berlepas ke Rio De Janeiro, Brazil.
Khairulnizam yang akan beraksi dalam acara laser standard lelaki diiringi jurulatihnya, Mohd Afendy Abdullah.
Bagi Mohd Afendy, mereka mengambil keputusan untuk pergi ke Rio lebih awal adalah untuk menyesuaikan diri dengan venue pertandingan, cuaca dan bot yang bakal digunakan kelak.
Khairulnizam menempah tiket ke Rio selepas memenangi pingat emas dalam acara sama pada Kejohanan Asia ASAF di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu, UAE dari 5 hingga 12 Mac lalu.