Friday, August 23, 2019
updated 8:57 AM UTC, Aug 23, 2019

2 Gimnastik Wanita AS Layak Ke Rio

  • Published in Sukan

California - Juara dunia tiga kali Simone Biles dan juara bertahan pingat emas Olimpik, Gabby Douglas akan menerajui Amerika Syarikat dalam cabaran pasukan gimnastik wanita di Rio.

Biles, yang tidak pernah kalah dalam pertandingan lebih daripada tiga tahun, menyampaikan prestasi cemerlang selama dua hari pertandingan di San Jose, California.

Ini dengan mengumpul sejumlah 123,250 mata sekaligus mendapat pemilihan automatik menyertai pasukan Olimpik.