Tuesday, December 12, 2017
vital-top
updated 9:42 AM UTC, Dec 12, 2017

SUKMA: 100 Bas Disediakan Bawa 8,000 Atlet Dan Pegawai

  • Published in Sukan

Kuching - Sejumlah 100 bas disediakan sebagai pengangkutan bagi membawa 8,000 atlet dan pegawai sepanjang Sukan Malaysia (Sukma) ke-18 yang dianjurkan Sarawak dari 22 hingga 31 Julai.

Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani yang juga pengerusi jawatankuasa penganjur berkata daripada jumlah itu, Rapid KL menyediakan 25 bas manakala bakinya diperoleh daripada syarikat bas tempatan.

Beliau berkata pada Majlis Penyerahan Bas Rapid KL kepada kerajaan Negeri Sarawak di sini.

Majlis penyerahan disempurnakan Ketua Pegawai Operasi Rapid KL, Mohd Azam Omar kepada Mohamad Morshidi yang mewakili kerajaan Negeri Sarawak.

Sementara itu, Mohd Azam yang ditemui media berkata selain 25 bas itu, pihaknya turut menyediakan 30 kapten bas serta unit sokongan terdiri daripada unit operasi yang mengendalikan bas sepanjang temasya, polis bantuan dan unit kejuruteraan bagi memastikan kelancaran penggunaan bas itu nanti.