Monday, June 24, 2019
updated 12:39 PM UTC, Jun 24, 2019

EURO 2016 - Perancis Mara Ke Final Selepas Kalahkan Jerman 2 - 0

  • Published in Sukan

Paris - Antoine Griezmann, menjadi bintang pasukan Perancis apabila menjaringkan dua gol dalam perlawanan dengan Jerman dalam peringkat separuh akhir Kejohanan Euro 2016.

Perancis mara ke perlawanan akhir Euro 2016 dengan kemenangan pertama ke atas Jerman pada kejohanan utama sejak 1958 pada malam yang di Marseille.

Griezmann menyempurnakan sepakan penalti pada waktu sebelum akhirnya separuh masa pertama apabila bola terkena tangan pemain Jerman, Bastian Schweinsteiger dalam cabaran udara dengan Patrice Evra di kotak penalti.

Perancis bertahan terhadap tekanan Jerman pada separuh masa kedua sebelum Griezmann berjaya rembat bola dari jarak dekat selepas penjaga gol Manuel Neuer tidak dapat tepis kemas hantaran silang Paul Pogba pada minit ke-72.

Perancis akan bertemu Portugal dalam final pada Ahad di Stade de France.(Reuters)