Tuesday, April 24, 2018
vital-top
updated 12:17 PM UTC, Apr 24, 2018

EURO 2016 - Perancis Belasah Iceland 5 - 2, Mara Ke Separuh Akhir

  • Published in Sukan

 

Paris - Perancis membelasah Iceland dengan lima gol untuk mara ke separuh akhir Euro 2016 dan akan bertemu pasukan Jerman di Marseille pada hari Khamis.

Rembatan rendah oleh Olivier Giroud pada minit ke-12 dan tandukan kuat oleh Paul Pogba dari sepakan sudut pada awal permainan memberi pasukan Perancis keyakinan. 

Dimitri Payet menjaringkan gol ketiganya pada minit ke-42 dengan tendangan rendah yang tepat dari jarak 20 ela dan pada minit ke-45, Antoine Griezmann berjaya mengangkat bola melepasi penjaga gol Iceland Hannes Halldorsson.

Selepas rehat, Iceland cuba merapatkan jurang gol dan Kolbeinn Sigthorsson berjaya mencari jaring pada minit ke-56, namum pasukan Perancis tambah satu gol lagi apabila Giroud menanduk masuk gol susulan sepakan percuma pada minit ke-59.

Iceland tetap masih cuba usaha mendapatkan gol dan pada minit ke-84, Birkir Bjarnason berjaya menanduk gol untuk Iceland.

Permainan tamat dengan kedudukan 5 - 2 memihak pasukan Perancis.