Thursday, December 14, 2017
vital-top
updated 8:43 AM UTC, Dec 14, 2017

EURO 2016 - Portugal Mara Ke Separuh Akhir Selepas Menang Penalti 5 - 3

  • Published in Sukan

 

Paris - Portugal menjadi pasukan pertama mara ke separuh akhir Kejohanan Euro 2016 selepas menang penentuan sepakan penalti 5 - 3 atasi Poland.

Kedua -dua pasukan terikat 1 - 1 dalam sepanjang 120 minit perlawanan. Ricardo Quaresma menjaringkan sepakan penalti kemenangan Portugal selepas usaha pemain Poland, Jakub Blaszczykowski diselamatkan oleh penjaga gol Rui Patricio.

Portugal dijangka akan bertemu sama ada Wales atau Belgium dalam pusingan separuh akhir.