Wednesday, October 18, 2017
vital-top
updated 3:22 AM UTC, Oct 18, 2017

Tenis Grand Slam Wimbeldon - Novak Djokovic dan Roger Federer Ke Pusingan Ketiga

London - Juara bertahan, Novak Djokovic dan Roger Federer tidak berdepan masalah untuk meneruskan saingan ke pusingan ketiga Kejohanan Tenis Grand Slam Wimbeldon.

Begitu juga dengan Agnieska Radwanska dalam saingan WTA. 

Memburu gelaran ketiganya di Wimbeldon, Djokovic beraksi cemerlang sepanjang kempen termasuk ketika berdepan pemain ranking ke 55, Adrian Mannarino. 

Satu lagi kejuaraan membolehkannya menyamai rekod Rod Laver yang menjuarai empat kejohanan major dalam satu musim pada 1969. 

Biarpun diberi tentangan sengit oleh Mannarino, Djokovic mudah mengenepikannya  6-4, 6-3 dan 7-6. 

Sebelum itu pemain tuan rumah, Marcus Wilis mengecewakan penyokongnya sendiri apabila tumpas kepada juara tujuh kali Roger Federer. 

Turun sebagai underdog pemain ranking ke 77 dunia ini ternyata bukan tandingan Federer. 

Namun beliau sempat mengerah Federer dalam tiga set sebelum tewas 6-0, 6-3, 6-4. 

Dalam aksi WTA di Centre Court, pemain pilihan ketiga Agnieska Radwanska menyingkirkan pemain Ukraine,  Kateryna Kozlova 6-2 6-1 selepas permainan yang tertangguh kerana hujan disambung semula.   

Pemain Poland inimenang mudah 6-2, 6-1 untuk mara ke pusingan kedua.     

Radwanska kali pertama layak ke final di Wimbeldon pada 2012.