Thursday, October 19, 2017
vital-top
updated 3:46 PM UTC, Oct 19, 2017

Pasukan Kedah Cari Pemain Import

Alor Setar - Kedah sedang mencari pemain import untuk mengetuai jentera serangan Lang Merah apabila saingan Liga Malaysia bersambung selepas Aidil Fitri nanti. 

Persatuan Bola Sepak Kedah, KFA bagaimanapun enggan mengambil risiko dengan mengikat pemain import terlalu awal sebaliknya mahu menguji terlebih dahulu bagi memastikan mereka benar-benar berkualiti. 

Setiausaha Agung KFA, Datuk Aminuddin Omar berkata beberapa pemain import dari Brazil dijangka akan tiba ke Alor Setar untuk menjalani ujian bersama pasukan. 

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan nama pemain terbabit. 

Beliau ditemui media pada majlis Iftar dan sumbangan Hari Raya Aidil Fitri di Seri Mentaloon, Alor Setar mewakili Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah.