Wednesday, October 18, 2017
vital-top
updated 3:22 AM UTC, Oct 18, 2017

SUKMA - Negeri Sembilan Sasar Kedudukan Lima Teratas

Seremban - Kontinjen Negeri Sembilan menyasarkan kedudukan lima teratas dalam Sukan Malaysia (SUKMA 2016) yang dijadualkan berlangsung dari 22 hingga 31 Julai depan. 

Negeri Sembilan pernah menduduki tempat keempat keseluruhan pada edisi 2011. 

Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan, SUKMA selain matlamat utama bertanding dan mencungkil atlet negara ia juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim. 

Jelasnya, kontinjen Negeri Sembilan juga telah bersedia sepenuhnya dan latihan tetap dijalankan meskipun bulan Ramadan. 

Negeri Sembilan akan mengambil bahagian dalam 21 daripada 24 acara sukan yang dipertandingkan. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui RTM selepas program Lawatan Promosi Seketariat Sukma di Wisma Negeri, Seremban.