Wednesday, September 18, 2019
updated 1:31 PM UTC, Sep 18, 2019

EURO 2016 - Itali Tewaskan Sepanyol 2 - 0 Dan Englang Kalah Kepada Iceland 1 - 2.

  • Published in Sukan

Paris - Itali mempamerkan persembahan yang bersemangat untuk mengalahkan Sepanyol 2 - 0 dan mara ke peringkat suku akhir Kejohanan Euro 2016 dan akan menentang juara dunia Jerman.

Giorgio Chiellini menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-33, dan Graziano Pelle memastikan kemenangan pada masa waktu kecederaan.

England mengalami penghinaan yang paling teruk sejak mereka tersingkir daripada Piala Dunia 1950 oleh Amerika Syarikat di Brazil apabila Iceland mengejutkan mereka 2 - 1 dalam pertemuan mereka.

Pengurus Roy Hodgson meletak jawatan selepas kekalahan ini, terasa hina kalah kepada negara yang menduduki tempat 34th di dunia - dan dengan penduduk seramai hanya 330,000 - walaupun England mendahului menerusi penalti Wayne Rooney pada minit keempat.

Iceland menyamakan kedudukan dalam pada minit ke-6, Ragnar Sigurdsson rembat bola dalam jaring dari jarak dekat.

Pada minit ke-18 apabila penjaga gol England, Joe Hart membuat kesilapan besar - sama seperti dalam kemenangan ke atas Wales - kerana dia membiarkan tendangan Kolbeinn Sigthorsson melepasi tangannya dengan mudah.