Thursday, August 22, 2019
updated 3:16 PM UTC, Aug 22, 2019

EURO 2016 - Perancis, Jerman Dan Belgium Menang, Mara Suku Akhir

  • Published in Sukan

Paris - Antoine Griezmann menjadi wira Perancis dengan menjaringkan dua gol, membantu tuan rumah untuk menewaskan Republik Ireland, 2 - 1 dan mara ke suku akhir Euro 2016.

Pasukan Ireland Republik mendahului permainan pada minit kedua, Robbie Brady menyempurnakan sepakan penalti selepas Shane Long dikasari dalam kotak.

Tetapi Perancis bangkit menerusi Griezmann, yang menanduk masuk gol penyamaan pada minit ke-57 dan Griezmann berjaya mencari jaring lagi pada minit ke-61 dengan dalam gol kemenangan.

Jerman menunjukkan mereka adalah antara pasukan pilihan untuk Euro 2016 kerana cemerlang mengalahkan Slovakia 3 - 0, dan langkah ke suku akhir, akan menentang Itali atau Sepanyol.

Jerome Boateng memberikan juara dunia gol pada minit ke-8, Mario Gomez menambahkan gol kedua untuk Jerman pada minit ke-43.

Julian Draxler, yang bermain dengan baik dengan sokongan yang hebat kepada pemain penyerang Jerman berjaya menambahkan gol ketiga pada minit ke-62

Pasukan Belgium belasah Hungary 4 - 0, Toby Alderweireld memberi gol pertama untuk Belgium pada minit ke-10. Michu Batshuayi menjadikan kedudukan 2-0 apabila dia menolak bola masuk jaring pada minit ke-78.

Eden Hazard menjaringkan gol solo mempesonakan pada minit ke-80, apabila dia memintas dari sebelah kiri, menewaskan dua pemain dan rebat bola dalam rendah masuk gol.

Yannick Carrasco dapatkan gol keempat pada masa kecederaan. Belgium dan Wales akan bertemu di Lille pada hari Jumaat.