Wednesday, October 18, 2017
vital-top
updated 3:22 AM UTC, Oct 18, 2017

Previu Perlawanan EURO 2016 Pusingan 16 Terakhir

Paris - Tiga perlawanan akan diadakan pada peringkat pusingan 16 terakhir Kejohanan Eropah 2016 bermula Sabtu ini.

Poland akan bertemu Switzerland, dan kedua-dua pasukan ini adalah kali pertamanya sampai ke peringkat pusingan 16 terakhir Kejohanan Eropah.

Malah, sebelum Euro 2016 Poland tidak pernah memenangi perlawanan di kejohanan itu. Sekarang kedua-dua pasukan akan menunjukkan prestasi yang terbaik dan salah satu daripada mereka akan menjadi negara pertama mara ke suku akhir.

Pertembungan antara Wales dan Ireland Utara adalah sangat  dinanti-nantikan dan ia juga merupakan kali pertama bagi kedua pasukan berjaya ke pusingan kalah mati kejohanan utama sejak Piala Dunia 1958.

Wales akan menjadi pilihan ekoran prestasi mereka terhadap Rusia yang telah dipuji sebagai salah satu yang terbaik dalam sejarah mereka. 

Gareth Bale merupakan pemain utamanya dan jika prestasinya menyinar, harapan Wales adalah cerah.

Croatia yang menjuarai Kumpulan D akan bertemu Portugal yang telah mara ke pusingan 16 terakhir tanpa kemenangan.

Jurulatih Portugal, Fernando Santos yakin Cristiano Ronaldo akan "meningkatkan keyakinan beliau" tetapi juga bimbang dengan masalah daya pertahanan pasukannya.

Bagi Croatia, pemain tengah Luka Modric dan penyerang Nikola Kalinic dijangka akan memberi semangat harapan pada pasukan mereka.