Thursday, August 22, 2019
updated 3:16 PM UTC, Aug 22, 2019

Skuad Bola Sepak KL Ikat Pemain Kebangsaan Palestin

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Skuad bola sepak Kuala Lumpur sah mengikat pemain kebangsaan Palestin, Jonathan Cantillana Zorrilla bagi mengharungi saingan pusingan kedua Liga Perdana. 

Zorrilla, pemain posisi penyerang adalah antara penjaring gol Palestin ketika menewaskan Malaysia 6-0 di Amman, Jordan pada pusingan kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia November tahun lalu. 

Ia sekaligus menamatkan penantian The City Boys yang mencari pengganti dua pemain import mereka, Mario Karlovic dan Anselmo Arruda yang digugurkan akibat kecederaan. 

Skuad wargakota kini memburu seorang lagi pemain bagi memenuhkan kuota empat pemain import setiap pasukan. 

Walaupun menduduki tangga keempat, jumlah jaringan Kuala Lumpur adalah terendah di kalangan lima pasukan teratas Liga Perdana.