Saturday, October 21, 2017
vital-top
updated 5:20 AM UTC, Oct 21, 2017

Kes Sazali, Chong Wei Berbeza - MSN

Kuala Lumpur - Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail menafikan pihaknya dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak memberi pembelaan sewajarnya kepada ikon bina badan, Sazali Samad.

Mungkin ramai yang tidak faham kerana kes Sazali dan Chong Wei adalah dua perkara berbeza.

Dalam kes Sazali, dia dan persatuan sendiri tidak membantah dengan keputusan itu.

Ia berlainan dengan kes Chong Wei yang sejak dari awal lagi pemain badminton negara itu mempertahankan dirinya termasuk mengaku tidak bersalah.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab dakwaan dua badan utama sukan tanah air itu mengamalkan dasar 'pilih kasih' berhubung isu Sazali yang digantung selama empat tahun oleh Persekutuan Bina Badan Malaysia (PBBM) selepas didapati gagal dalam ujian doping yang dijalankan Agensi Anti Doping Malaysia (ADAMAS) pada 1 September lalu.

Hukuman itu berkuat kuasa bermula tarikh keputusan ujian berkenaan diperoleh pada 22 September lalu.

Selain digantung selama empat tahun, elaun yang dinikmati Mr Universe dan Mr Asia berusia 48 tahun itu sebanyak RM3,500 sebulan daripada MSN juga ditarik balik.

Bagaimanapun, gelaran 10 kali Mr Universe yang diraih Sazali kekal kerana kesalahan yang dilakukan adalah di luar pertandingan.