Thursday, October 19, 2017
vital-top
updated 3:46 PM UTC, Oct 19, 2017

EURO 2016 - Croatia 2 Sepanyol 1, Turki 2 Czech Republik 0, Jerman 1 Ireland Utara 0 Dan Poland 1 Ukraine 0

Paris - Sepanyol akan bermain dengan Itali dalam pusingan 16 pasukan terakhir Euro 2016 selepas dikalahkan oleh Croatia 2 - 1 yang melihat mereka duduk di tangga kedua dalam Kumpulan D.

Sepanyol mendahului pada minit ke-7 apabila Cesc Fabregas umpan bola kepada Alvaro Morata untuk menolak masuk ke jaring gol.

Croatia menyamakan kedudukan apabila Nikola Kalinic berjaya bola ke gol ekoran hantaran silang Ivan Perisic pada minit ke-45.

Gol kemenangan Croatia  dijaringkan oleh Ivan Perisic pada minit ke-87.

Turki masih berpeluang untuk mara ke 16 pasukan akhir Euro 2016 dengan kemenangan 2 - 0 keatas Czech Republik di Lens.

Turki perlu menunggu sehingga Rabu untuk mengetahui nasib mereka. Burak Yilmaz meletakkan mereka di hadapan pada minit ke-10 dan Ozan Tufan tambahkan satu lagi gol pada minit ke-54.

Ireland Utara yang tewas 1 - 0 kepada juara dunia Jerman tetapi masih layak ke pusingan 16 pasukan terakhir Euro 2016 selepas kekalahan Czech Republik,  2-0 kepada Turki.

Jerman membazirkan beberapa peluang sebelum Mario Gomez menjaringkan gol pada minit ke-29.