Sunday, May 20, 2018
vital-top
updated 3:56 PM UTC, May 20, 2018

Penangguhan Kerja Binaan Velodrom Nasional Tidak Jejas Sukan SEA

  • Published in Sukan

Bukit Jalil - Pembinaan Velodrom Nasional di Nilai terpaksa dihentikan seketika selepas struktur bumbung yang masih dalam proses pembinaan runtuh.

 

Kerangka di bahagian bumbung runtuh Sabtu lalu sekaligus memaksa kerja kerja pembinaan dihentikan untuk proses siasatan.

 

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata sebahagian daripada kerangka besi itu telah jatuh dan siasatan telah dijalankan oleh unit forensik Jabatan Kerja Raya.

 

Menurutnya kelewatan akibat insiden tersebut tidak akan menjejaskan persediaan untuk Sukan SEA nanti.