Wednesday, January 17, 2018
vital-top
updated 9:27 AM UTC, Jan 17, 2018

EURO 2016 - Wales 3 Rusia 0 Dan England 0 Slovakia 0

  • Published in Sukan

 

Paris - Wales kalahkan Rusia 3 - 0, dengan paparan prestasi yang cemerlang dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan di Euro 2016 untuk mara ke peringkat kalah mati kejohanan ini.

Aaron Ramsey meletakkan Wales ke hadapan pada minit ke-11 dan Neil Taylor tambah gol kedua dengan menjaringkan gol pertamanya pada minit ke-20.

Pada separuh kedua, Gareth Bale berjaya mencari jaring gol dengan tendangannya untuk menjadi penjaring terbanyak kejohanan dengan tiga gol.

Manakala England hanya sekadar seri 0 - 0 dengan Slovakia, Pengurus England, Hodgson membuat enam perubahan, termasuk rehatkan kapten Wayne Rooney, tetapi menunjukkan prestasi yang lemah.

Penjaga gol Slovakia Matus Kozacik menunjukkan prestasi yang cemerlang, mengagalkan serangan England.