Saturday, October 21, 2017
vital-top
updated 5:20 AM UTC, Oct 21, 2017

PAFA Masih Tunggu Keputusan Ujian Doping

Persatuan Bola Sepak (PAFA) masih menunggu keputusan ujian Sampel B sebelum memutuskan sebarang tindakan terhadap seorang pemainnya yang gagal ujian doping baru-baru ini. 

Menurut Presiden PAFA, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, sebelum ini rayuan bagi pihak pemain tersebut juga telah dibuat kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). 

 Pada 4 Mei lalu, dua pemain dari skuad Liga Super Perak dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) digantung serta-merta oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas didapati bersalah gagal ujian doping pada 4 Mei lalu. 

Hasil ujian yang dilakukan selepas perlawanan liga di Stadium Hang Jebat, Melaka oleh Unit Doping Jawatankuasa Perubatan Sukan FAM mendapati dua pemain itu positif bahan terlarang methamphetamine.