Wednesday, June 26, 2019
updated 12:25 PM UTC, Jun 26, 2019

Olimpik Rio - Faktor Jenayah Curi Perhatian Pelayar Negara

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Wabak zika yang dilaporkan melanda kawasan Amerika Selatan termasuk Brazil bukan satu kerisauan utama. 

Sebaliknya, faktor jenayah lebih mencuri perhatian salah seorang pelayar negara, Khairulnizam Mohd Afendy yang akan beraksi di Rio dalam acara laser standard lelaki. 

Khairulnizam Mohd Afendy yang sebelum ini berpeluang berada di Guanabara Bay selama 12 hari bersama jurulatih , Mohd Afendy Abdullah dari 20 Mei sehingga 1 Jun berpandangan isu zika ini lebih menjurus di kawasan pedalaman. 

Beliau mengakui wabak zika ini sememang sesuatu yang penting untuk diberi perhatian. 

Namun, dengan kerjasama, nasihat dan panduan daripada Institut Sukan Negara, ISN, diharap akan membendung wabak ini di kalangan atlet negara. 

Mengenai saranan Majlis Olimpik Malaysia, MOM, atlet bebas membuat keputusan samaada menyertai atau tidak, baginya itu sudah menjadi tanggungjawab MOM untuk memastikan kesihatan dan keselamatan atlet negara terjamin. 

Selainnya terpulang kepada atlet itu sendiri. 

Sebelum ini, pihak kedutaan Brazil di Malaysia melalui Menteri Kaunselor, Daniel Falcon memberi jaminan keselamatan atlet terhadap virus zika. 

Khairulnizam Mohd Afendy, NurSyazrin Mohd Latif dan dua jurulatih akan bertolak ke Rio Brazil pada 3 Syawal atau 8 Ogos depan.