Logo

EURO 2016 - Belgium 3 Republik Ireland 0, Iceland 1 Hungary 1 Dan Portugal 0 Austria 0

 

Paris - Romelu Lukaku menjaringkan dua gol untuk Belgium, mencatatkan kemenangan pertama mereka di Euro 2016.

Selepas separuh masa pertama dihentikan tanpa jaringan, Lukaku tunjuk gayanya dengan menjaringkan gol pertama Belgium pada minit ke-47 dalam permainan separuh masa kedua.

Axel Witsel menanduk masuk gol kedua pada minit ke-61, dan Lukaku tambahkan gol ketiga dalam serangan balas cepat dan berjaya mencari jaring pada minit ke-70.

Dalam perlawanan Iceland dan Hungary, gol sendiri  oleh Birkir Saevarsson pada minit ke-87 menafikan kemenangan Iceland kemenangan dan memberi mata kepada Hungary untuk mara ke pusingan kesdua antara pasukan 16 yang  terakhir,  Kejohanan Eropah dengan keputusan seri 1 - 1

Terdahulu Gyfli Sigurdsson mendapatkan gol untuk Iceland pada separuh masa pertama apabila menyempurnakan sepakan penalti selepas kekasaran.

Portugal dan Austria seri tanpa jaringan dan Cristiano Ronaldo gagal menyempurnakan sepakan penalti pada babak kedua dalam perlawanan yang sangat mengecewakan bagi Portugal dan peluang untuk satu lagi pasukan ke pusingan kedua Kumpulan F terbuka luas.

 

 

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.