Thursday, February 22, 2018
vital-top
updated 1:01 AM UTC, Feb 22, 2018

EURO 2016 - Itali 1 Sweden 0, Sepanyol 3 Turki 0 Dan Republik Czech 2 Croatia 2

  • Published in Sukan

 

Paris - Itali layak ke pusingan pasukan 16 terakhir, pusingan akhir Kejohanan Eropah selepas pemain Eder berjaya masuk bola ke gol Sweden pada minit ke-88 yang membawa kemenangan kepada Itali 1 Sweden 0.

Sepanyol juga mara ke pusingan pasukan 16 terakhir Kejohanan Eropah apabila kalahkan Turki 3 - 0 di Nice.

Alvaro Morata menanduk bola ke gol pada minit ke-34 dan gol kedua disempurnakan oleh Nolito pada minit ke-37 dengan tendangan dari jarak dekat.

Gol ketiga adalah satu langkah cantik yang melibatkan sembilan pemain di padang, yang berakhir dengan Morata menjaringkan gol pada minit ke-48.

Manakala pasukan Czech Republik terikat 2 - 2 dengan Croatia.

Perlawanan itu dihentikan pada minit ke-86 apabila suar dari bunga api pada Croatia menghujani padang Saint-Etienne.

Ivan Perisic ( minit ke37 ) dan Ivan Rakitic (minit ke-59 ) telah memberikan Croatia mendahului 2-0, tetapi Czech bangkit menerusi tandukan Milan Skoda ( minit ke-75) sebelum Tomas Necid ( minit ke-89 ) sepakan penalti menyamakan kedudukan.