Monday, November 20, 2017
vital-top
updated 5:32 AM UTC, Nov 20, 2017

EURO 2016 - England 2 Wales 1, Jerman 1 Poland 1 Dan Ireland Utara 2 Ukraine 0

 

Paris - Pemain pengganti selepas separauh masa kedua membawa gol dan kemenangan kepada pasukan England untuk kalahkan Wales 2 - 1.

Gareth Bale berjaya menyempurnakan sepakan percuma dari 30 ela dan masuk jaring gol pada minit ke-42 untuk meletakkan Wales di depan sebelum rehat di Lens.

Pengurus England, Roy Hodgson bertindak memasukkan pemain pengganti, Jamie Vardy dan Daniel Sturridge untuk separuh masa kedua dan Vardy berjaya masuk bola ke jaring gol Wales pada minit ke-56.

Sturridge membawa gol kemenangan pada masa kecederaan apabila beliau berjaya masukan bola ke gol.

Dalam perlawanan antara Jerman dan Poland,  permainan tamat seri tanpa jaringan. Manakala Ireland Utara kalahkan Ukraine 2 - 0.

Gareth McAuley menanduk masuk gol hasil dari sepakan percuma Oliver Norwood pada minit ke-49 dan Niall McGinn tambahkan satu gol lagi dalam masa kecederaan untuk Ireland Utara.