Wednesday, December 13, 2017
vital-top
updated 8:55 AM UTC, Dec 13, 2017

Adam Norrodin Gagal Menyerlah

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Pelumba Moto3, Adam Norrodin gagal menyerlah meskipun hampir mencetuskan kejutan di Argentina April lalu sebelum terbabas di selekoh terakhir. 

Insiden itu tampak terus memusnahkan harapannya untuk mencabar pesaing Moto3 apabila gagal mencatat masa terbaik selepas itu walaupun di peringkat kelayakan. 

Mengenai seorang lagi pelumba SIC, Nabil Jeffri, Datuk Razlan berkata pelumba itu menunjukkan sedikit perkembangan positif pada musim sulung dalam GP2 meskipun gagal mencatat keputusan baik dalam 2 pusingan sebelum ini. 

Pusingan ke 3 di Baku Azerbaijan minggu ini bakal menjadi satu lagi percubaan buat Nabil yang beraksi dalam perlumbaan taraf kedua selepas Formula Satu dunia itu.