Thursday, December 14, 2017
vital-top
updated 2:02 AM UTC, Dec 14, 2017

Zulfahmi Kini Berada Di Landasan Terbaik

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Bekas pelumba Moto3 Zulfahmi Khairuddin kini berada di landasan terbaik untuk mencabar pelumba pelumba dalam Perlumbaan Motorsikal Dunia WSBK kategori super sport musim ini.

Selepas menduduki tempat kedua di pusingan ke 6 di Litar Sepang bulan lalu melonjakkan pelumba itu ke kedudukan 10 terbaik meskipun gagal menyerlah di pusingan ke 7 di Acerbis, United Kingdom.

Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang SIC, Datuk Razlan Razali berkata perkembangan itu amat melegakan selepas pelumba itu menghadapi kemerosotan tahun lalu sebelum mengambil keputusan beralih ke WSBK tahun ini.

Zulfahmi yang beraksi dalam kategori supersport mengumpul 40 mata untuk berada di kedudukan 10 pelumba terbaik selepas 7 pusingan WBSK.

Dengan perlumbaan berbaki 5 pusingan, beliau dilihat berpeluang untuk mencipta kejutan atau sekurang-kurangnya menduduki kelompok 15 pelumba terbaik pada pusingan ke 8 di litar Misano, Itali hujung minggu ini.