Monday, August 26, 2019
updated 3:38 AM UTC, Aug 26, 2019

Nasihat Percaya Pada Diri Sendiri Tambah Keyakinan - Nur Syazrin

  • Published in Sukan

Langkawi - Nasihat percaya pada diri sendiri menambah keyakinan dan mengurangkan gemuruh pelayar olimpik negara, Nur Syazrin Mohd Latif yang kini giat menjalani latihan untuk menguasai teknik perlumbaan dalam situasi angin kencang. 

Keadaan angin kencang di pusat pelayaran Nasional, Kuah, Langkawi bagai satu rahmat buat pelayar olimpik negara, Nur Syazrin kerana berupaya mensimulasikan keadaan venue sebenar acara pelayaran, di Marina Da Gloria, Guanabara Bay, Brazil. 

Mengikut laporan cuaca, pada bulan Ogos nanti, cuaca di Guanabara Bay akan mengalami tiupan angin kencang dari tujuh hingga 34 kilometer sejam. 

Nur Syazrin 20 tahun, menjelaskan peluang sebegini digunakan sebaik mungkin untuk mempertajamkan lagi teknik mengemudi dan membaca angin serta pergerakan arus. 

Latihan ini juga mampu meningkatkan lagi keyakinan diri walaupun, dirinya tetap ada rasa gemuruh untuk beraksi buat pertama kali di Olimpik. 

Nur Syazrin gembira kerana menerima tunjuk ajar dan semangat daripada jurulatih, Mohd Afendy selain berkongsi pengalaman dengan Khairulnizam yang pernah beraksi di olimpik 2012. 

Nur Syazrin pemenang dua pingat emas Sukan Sea 2015, akan memberi cabaran dalam acara laser radialwanita Olimpik.