Monday, June 24, 2019
updated 12:39 PM UTC, Jun 24, 2019

EURO 2016 - Hungary 2 Austria 0 Dan Iceland 1 Portugal 1

  • Published in Sukan

 

Paris - Hungary membuat kejutan dengan kemenangan 2 - 0 ke atas 10 pemain Austria dalam perlawanan pembukaan kedua-dua pasukan mereka  di Perancis.

Hungary mendahului apabila Adam Szalai menolak masuk hantaran Laszlo Kleinheiser masuk ke jaring gol pada minit ke-62

Pada minit ke-66, pemain Austria Aleksandar Dragovic dibuang padang kerana menerima kad kuning kedua dan untuk memastikan kemenangan Hungary, Zoltan Stieber berjaya membuat gol pada minit ke-87.

Dalam satu lagi perlawanan, Portugal hanya berseri 1 - 1 dengan Iceland.

Pada minit ke-31, Nani berjaya menolak bola masuk gol untuk Portugal tetapi Iceland bekerja keras dan berjaya penyamaan kedudukan apabila Birkir Bjarnason membuat voli untuk bola masuk gol pada minit ke-50.