Sunday, October 22, 2017
vital-top
updated 2:46 PM UTC, Oct 21, 2017

Isu Empat Atlet Olahraga Remaja Terjawab

Kuala Lumpur - Isu empat atlet olahraga remaja samada ke Kejohanan Remaja Dunia di Bydgoszcz, Poland atau Sukan Malaysia, SUKMA Sarawak akhirnya terjawab.   

Majlis Sukan Negara, MSN bersama Kesatuan Olahraga Malaysia, KOM memutuskan agar keempat-empat mereka menyertai kedua-dua kejohanan. 

Menurut Ketua Pengarah MSN Dato' Ahmad Shapawi Ismail, MSN akan bekerjasama dengan pihak Institut Sukan Negara, ISN, merangka beberapa program buat mereka terutama melibatkan proses pemulihan. 

Mengambil kira pandangan semua pihak termasuk barisan kejurulatihan dan Majlis Sukan Negeri, penyertaan di Poland adalah pendedahan peringkat antarabangsa terbaik buat mereka. 

Malah, keputusan ini turut mendapat persetujuan Menteri belia dan Sukan, Khairy Jamaludin Abu Bakar dan keempat-empat atlet terbabit. 

Walaubagaimanapun jelas Shapawi , dua atlet pecut Badrul Hisyam Abdul Manap dan Khairul Hafiz Jantan hanya dibenarkan menyertai satu acara sahaja. 

Kejohanan Remaja Dunia di Poland akan berlangsung dari 19 hingga 24 Julai. 

Manakala gelanggang olahraga SUKMA dibuka 26 hingga 29 Julai. 

Selain Badrul dan Khairul, R. Kirthana dan Mohd Rizzua Haizad turut sama ke Poland masing-masing  menyertai acara lompat kijang wanita serta 110 meter lari berpagar lelaki. 

Dan mereka akan diiringi jurulatih masing-masing serta  dua pegawai ISN. 

Shapawi ditemui di Bukit Jalil selepas mesyuarat bersama dengan  KOM yang diwakili Presidennya Datuk Karim Ibrahim dan wakil ISN.