Friday, August 23, 2019
updated 8:57 AM UTC, Aug 23, 2019

Kejayaan Piala Thomas Tingkatkan Prestasi - Beregu Denmark

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur  - Pasangan beregu Denmark, Kim Astrup dan Anders Skaarup Rasmussen mengakui kejayaan dalam saingan Piala Thomas bulan lalu menjadi antara faktor menyumbang kepada peningkatan prestasi mereka. 

Mereka kini menghuni tangga ke 18, naik empat anak tangga dari kedudukan ke 22 ranking dunia. 

Terbaharu, kejayaan melangkah ke separuh akhir Terbuka Indonesia sebelum tewas kepada pasangan nombor satu dunia dari Korea Selatan, Lee Yon Dae, Yoo Yeon Seong. 

Bagaimanapun, kejayaan lalu tidak melekakan Astrup dan Rasmussen malah bersemangat untuk memperbaiki ranking mereka. 

Astrup dan Rasmussen ditemui selepas membuat penampilan istimewa sempena Kejohanan Badminton Terbuka Kelab Badminton Ampang Jaya di Ampang, Kuala Lumpur. 

Kejohanan melibatkan pemain berusia bawah 12 dan bawah 18 tahun dari kelab-kelab seluruh negara yang turut disertai kelab dari Thailand dan Hong Kong.