Thursday, October 19, 2017
vital-top
updated 3:46 PM UTC, Oct 19, 2017

Pasukan Memanah Paralimpik Bergelut Cari Tiket Ke Rio

Kuala Lumpur - Pasukan memanah Paralimpik juga masih bergelut mencari tiket acara berpasukan ke Sukan Paralimpik Rio berikutan perubahan kategori yang dipertandingkan. 

Menurut Pengarah Bahagian Paralimpik, Majlis Sukan Negara MSN, Mohd Safrushahar Yusoff, penggabungan kategori berdiri dan berkerusi roda memaksa pemanah bekerja keras untuk mencari slot yang semakin mengecil. 

Selain itu katanya Jawatankuasa Paralimpik Dunia IPC juga memansuhkan kategori berpasukan, membuatkan pemanah hanya bergantung harap sepenuhnya kepada slot individu. 

Namun beliau percaya, bagi sukan yang menggunakan mental seperti memanah, pencapaian terlalu subjektif dan yakin pemanah negara mampu mengubah keputusan di Czech nanti.