Wednesday, December 13, 2017
vital-top
updated 8:55 AM UTC, Dec 13, 2017

Gabriel Miguel Guerra Tidak Beri Komitmen Kepada Pasukan

  • Published in Sukan

Kelana Jaya - Persiapan pasukan berstatus kelab  PKNS FC sedikit terganggu apabila penyerang sensasinya  Gabriel Miguel Guerra tidak dapat memberi komitmen kepada pasukan. 

Perkara ini jelas membingungkan Ketua Jurulatihnya E.Elavarasan yang mahukan penjelasan sebenar daripada pemain kelahiran Aregntina itu. 

Guerra juga gagal menghadirkan diri pada sesi latihan pasukan di Kelana Jaya semalam tanpa sebab kukuh. 

Pengendali berusia 51 tahun ini tidak menolak kemungkinan  Guerra mungkin sedang  dipancing pasukan tempatan lain pada jendela perpindahan yang bakal dibuka 20 Jun ini. 

Bagaimanapun Elavarasan tidak mahu panik dengan situasi berkenaan dan mahu terus fokus dengan tugas  memantapkan pasukan. 

Namun jelas Elavarasan ketiadaan Guerra yang ketika ini meledak 12 gol pada Liga Perdana pastinya merencatkan persiapan pasukan mengharungi pusingan kedua dan  Piala Malaysia selepas ini.