Thursday, August 22, 2019
updated 3:16 PM UTC, Aug 22, 2019

Ketiadaan Messi Tidak halang Kemenangan Argentina

  • Published in Sukan

Ketiadaan kapten Lionel Messi yang cedera tidak menghalang Argentina untuk meraih kemenangan 2-1 

ketika berdepan Chile dalam saingan Kumpulan D, Bola sepak Copa America, awal pagi tadi. 

Argentina hampir didepan seawal minit kedua permainan ketika pengganti Lionel Messi, Nicolas Gaitan membuat cubaan berbahaya. 

Messi hanya memerhatikan aksi rakan-rakannya dari bangku simpanan. 

Chile pula berjaya menggegarkan gawang Argentina namun cubaan Alexis Sanchez berjaya ditangkap penjaga gol Sergio Romero. 

Gol dicari akhirnya tiba lima minit permainan bersambung babak kedua apabila Angel Di Maria berjaya melepasi pertahanan Chile untuk memberikan Argentina gol pertama. 

Minit ke 59, Argentina menggandakan  kedudukan hasil jaringan Banega yang berjaya mengelirukan pertahanan Chile, Mauricio Isla. 

Tidak mahu menamatkan saingan dengan kehampaan, Chile berjaya merapatkan jurang menerusi jaringan Jose Pedro Fuenzalida pada masa tambahan untuk perlawanan berakhir dengan kemenangan Argentina 2-1.