Monday, August 19, 2019
updated 10:06 AM UTC, Aug 19, 2019

Hoki - Harapan Faizal Shaari Untuk Kembali Tipis

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Harapan penyerang, Faizal Shaari untuk kembali ke skuad kebangsaan mungkin tipis meski pun bakal menamatkan tempoh penggantungan selama 6 bulan pada pertengahan jun ini. 

Walaupun ada ura-ura Ketua Jurulatih, Stephen Van Huizen ingin menambah pemain sebaik tamat Kejohanan Hoki Piala Razak baru-baru ini, namun ternyata tiada perubahan apabila skuad 25 pemain negara telahpun berlepas ke Jepun bagi melalui siri jelajah di sana. 

Logan bagaimanapun berkata sebarang perubahan tertakluk kepada keputusan tertinggi Konfiderasi Hoki Malaysia, MHC.