Tuesday, April 24, 2018
vital-top
updated 12:17 PM UTC, Apr 24, 2018

Harimau Malaysia SahkanTempat Ke Saingan Peringkat Kumpulan

  • Published in Sukan

Larkin - Harimau Malaysia sahkan tempat ke saingan peringkat kumpulan pusingan kelayakan Piala Asia 2019 selepas membenam Timor Leste 3-0 di Larkin.  

Seterusnya mara dengan agregat 6-0 selepas merekod jaringan sama pada aksi pertama Khamis lalu bermain di venue sama, Stadium Tan Sri Hj Hassan Yunus, Larkin. 

Tidak banyak pertukaran dibuat Datuk Ong Kim Swee berbanding kesebelasan utama pada aksi pertama play-off minggu lalu. 

Hanya kelibat Christie Jayaselan tiada dalam barisan pemain akibat keracunan makanan dan tempatnya digantikan pemain Melaka United, Khair Jones yang memperoleh Caps pertamanya bersama skuad kebangsaan.