Wednesday, June 26, 2019
updated 12:25 PM UTC, Jun 26, 2019

Chong Wei Mara Ke Peringkat Akhir Terbuka Indonesia

  • Published in Sukan

 

Jakarta - Pemain badminton utama negara Datuk Lee Chong Wei mara ke peringkat akhir perseorangan Terbuka Indonesia apabila menang perlawanannya di peringkat separuh akhirnya di Istora Senayan.

Chong Wei kalahkan cabaran pemain Indonesia, Ihsan Maulana Mustofa apabila menang dua set - 21-9, 21-18 dalam masa 39 minit.

Di peringkat akhir, Chong Wei akan bertemu Jan O Jorgensen dari Denmark yang kalahkan pemain China, Tian Houwei 21-14, 18-21, 21-17.