Monday, June 24, 2019
updated 12:39 PM UTC, Jun 24, 2019

Bekas Juara Peninju Muhammad Ali Dilaporkan Dalam Keadaan Serius Di Hospital

  • Published in Sukan

 

Phoenix, AS - Bekas juara peninju, Muhammad Ali yang masih di hospital dilaporkan keadaannya mungkin lebih serius berbanding ketika dia dirawat sebelum ini.

Beliau yang menghadapi masalah pernafasan serius ditambah dengan penyakit Parkinson yang beliau sudah ada sejak tahun 1980-an.

Beberapa anak-anak perempuan Mohammad  Ali dilaporkan terbang ke Phoenix lewat Khamis dan awal Jumaat untuk bersama dengan bapa mereka. Mereka tidak memberi respons kepada mesej pertanyaan dari media.

Jurucakap bekas juara itu dalam e-mel berkata bahawa tidak ada maklumat terkini mengenai keadaannya.