Monday, November 20, 2017
vital-top
updated 5:32 AM UTC, Nov 20, 2017

Harimau Malaya Bawa Bekalan Selesa Pada Aksi Pertama

Kuala Lumpur - Harimau Malaysia membawa bekalan selesa pada aksi pertama play off kelayakan Piala Asia 2019 apabila menang mudah 3-0 ke atas Timor leste di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunus, Larkin, Johor.
  
Sekaligus membalas kekecewaan seri tanpa jaringan ketika menentang Myanmar,  tempoh hari.

Ketiadaan Safiq Rahim tidak menjejaskan rentak skuad kebangsaan apabila sering membuat serangan ke kubu lawan sebaik wisel dibunyikan.

Amirul Hadi Zainal yang mengantikan tempat Safiq Rahim bermain cemerlang, mengucar kacirkan pintu gol Timor leste.

Gol sulong Harimau Malaysia hadir pada minit ke-16 menerusi Ahmad Hazwan Bakri.

Selang lima minit, Hazwan sekali lagi mencatatkan nama selaku penjaring untuk Kedudukan 2-0

Kedudukan itu kekal hingga tamat babak pertama.

Bersambung babak kedua, permainan agak seimbang apabila kedua-dua pasukan sering berbalas serangan.

Anak Buah Fabion Macel hampir merapatkan kedudukan pada minit ke-54 namun percubaan Filipe Oliveira sedikit tersasar.

Kemasukan penyerang veteran, Amri Yahyah pada minit-minit akhir perlawanan berhasil apabila berjaya menjaringkan gol ketiga skuad kebangsaan pada minit ke 85.

Perlawanan tamat dengan Malaysia 3 , Timor Leste 0.