Tuesday, April 24, 2018
vital-top
updated 12:17 PM UTC, Apr 24, 2018

Poland Dimalukan Di Laman Sendiri

  • Published in Sukan

Poland - Dalam aksi persahabatan Pra Euro 2016 Finalist tahun ini, Poland dimalukan di laman sendiri dengan kekalahan 1-3 kepada Belanda pada aksi yang berlangsung di Gdansk pada Rabu. 

Poland yang kini dalam fasa akhir persiapan menuju Euro 2016 bertemu Ireland Utara pada 12 Jun terlebih dahulu menguji kekuatan skuad dengan berdepan Belanda. 

Untuk rekod, Poland tidak pernah menewaskan Belanda sejak 1979 dan rekod itu berterusan dengan kekelahan 1-2 pada Rabu. 

Namun, ia sekadar kemenangan moral buat Belanda yang tidak layak ke Euro. 

The Oranje, semi finalis piala dunia dua tahun lalu gagal melayakkan diri ke Euro selepas sekadar menamatkan kempen di peringkat kumpulan. 

Pada aksi yang berlangsung di Gdansk, Belanda di depan menerusi Vincent Janssen pada minit ke 33 sebeleum  Artur Jedrzejczyk  menyamakan kedudukan bersambung selepas rehat. 

Tidak lama selepas itu, Belanda kembali memintas dengan jaringan oleh Georginio Wijnaldum minit ke-76. 

Tiada lagi pertambahan jaringan sehingga wisel penamat menyaksikan Belanda menang dengan keputusan 2-1. 

Poland, selepas ini akan meneruskan aksi pemanas badan dengan bertemu Lithuania pada Isnin depan.