Monday, November 20, 2017
vital-top
updated 5:32 AM UTC, Nov 20, 2017

Bola Malaysia : Weigang Harapan Bos Gaurus

Kuala Lumpur - Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) hampir pasti akan kembali bekerjasama dengan pengendali berpengalaman dari Jerman, Karl Heinz Weigang.   

Weigang pernah menghadiahkan skuad Perak Piala Malaysia tahun 1998 dan 2000 ketika beliau mengemudi Bos Gaurus.

Menurut Pengurus Pasukan, Datuk Shahrul Zaman Yahya; perbincangan ketika ini sudah di peringkat terakhir.
  
Pengumuman rasmi berkenaan perkara itu akan dibuat Presiden PAFA, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dalam masa terdekat.

Karl Heinz Weigang pernah mengemudi Perak sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1997 hingga 1999, pertengahan musim 2000 dan 2014.

Perak kini berada dalam kelompok bawahan Liga Super dan jika prestasi kurang menyakinkan berterusan kemungkinan besar akan tersingkir ke Liga Perdana.

Prestasi Bos Gaurus terus goyah apabila mencatat kekalahan terbaharu 3-0 kepada Sarawak dalam perlawanan pertama pusingan kedua Liga Super di Stadium Perak, 21 Mei lalu.

Mengulas mengenai nasib jurulatih skuad Bos Gaurus sedia ada, Syamsul Saad, beliau berkata perkara itu belum lagi dimuktamadkan.