Thursday, August 22, 2019
updated 3:16 PM UTC, Aug 22, 2019

Jose Mourinho Bakal Tandatangan Kontrak Dengan Manchester United

  • Published in Sukan

Manchester - Jose Mourinho dijangka menjadi Pengurus baru Manchester United hari ini selepas dilaporkan bersetuju dengan syarat peribadi untuk bersama kelab Liga Perdana Inggeris itu.

 

Sebelum ini United menangguhkan pengesahan secara rasmi pelantikan itu kerana perbincangan mengenai hak imej Mourinho.

 

Menurut laporan media Britain, bekas pengurus Chelsea itu ditawar kontrak tiga tahun bernilai 10 juta pound setiap musim, dua kali ganda daripada pendapatan diperolehi bekas pengurus, Louis Van Gaal. 

 

Mourinho juga bakal menerima bonus 5 juta pound jika membawa The Red Devils kembali bersaing dalam Liga Juara Eropah serta dibayar 2.5-juta pound jika Man-U muncul juara Liga Perdana Inggeris.