Wednesday, December 13, 2017
vital-top
updated 8:55 AM UTC, Dec 13, 2017

Bojan Hodak Dilantik Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif FAP

  • Published in Sukan

Pulau Pinang - Bekas ketua jurulatih pasukan Liga Super, Kelantan dan Johor Darul Takzim, JDT Bojan Hodak dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang, FAP. 

Bojan amat diharap mampu menjadi penyelamat Pulau Pinang daripada tersingkir dari liga super. 

Bojan, 45 tahun  juga bekas pemain Croatia itu ditugaskan untuk membimbing pasukan yang mendapatkan jolokan Harimau Kumbang supaya kekal dalam senarai liga musim depan. 

Presiden FAP, Datuk Seri Nazir Ariff Mushir Ariff berkata, Bojan akan diberikan kontrak sehingga hujung musim ini sebelum keputusan selanjutnya. 

Bojan dijangka menganalisis barisan pemain Harimau Kumbang sebelum membuat sebarang rombakan drastik. 

FAP turut memperkenalkan Pengurus Pasukan baharu iaitu Nenad Bacina bagi menggantikan Azizuddin Mohd. Shariff yang telah meletakkan jawatan secara serta-merta pada 19 Mei lalu.