Tuesday, April 24, 2018
vital-top
updated 12:17 PM UTC, Apr 24, 2018

Pencak Silat Terima Penghormatan Tertinggi Sukan Negara

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Buat julung kalinya sukan pencak silat menerima penghormatan tertinggi sukan negara apabila atlet silat kebangsaan, Mohd Al Jufferi Jamari dinobatkan selaku olahragawan kebangsaan.    

Manakala buat kali ketiga ratu terjun, Pandelela Rinong Pamg meraih gelaran olahragawati kebangsaan di Anugerah Sukan kebangsaan (ASN) 2015. 

Ini merupakan kenangan manis buat Al Jufferi dan sukan pencak silat secara keseluruhannya sejak ASN mula dianjurkan pada Julai 1967. 

Al Jufferi terpilih selepas berjaya merangkul 7 pingat emas dalam kesemua kejohanan yang isertai sepanjang tahun lalu termasuk Sukan Sea di Singapura.

Sementara itu, kejayaan mengutip pingat emas pada sukan Sea Singapura, 2 pingat gangsa dalam kejohanan dunia di Kazan, Rusia dan Kanada serta tempat ke-4 pada kejohanan di Dubai serta London melayakkan  anugerah olahragawati kebangsaan 2015 milik Pandelela Rinong. 

Kejayaan  ini akan menjadi pembakar semangat bmenghadiahkan sesuatu buat negara pada sukan Olimpik di Rio nanti. 

Al Jufferi dan Pandelela masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000, piala pusingan, piala iringan dan sijil. 

Hadiah disampaikan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.