Friday, December 15, 2017
vital-top
updated 8:49 AM UTC, Dec 15, 2017

Harimau Malaysia Kemungkinan Dirombak Menjelang Aksi Persahabatan Dengan Myanmar

  • Published in Sukan

Menjelang aksi persahabatan kelas A berdepan Myanmar 28 Mei ini, ketua jurulatih Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee berdepan kemungkinan merombak skuad selepas Matthew Davis dan R.Gopinathan mengalami kecederaan. 

Menurut Kim Swee, setakat ini, pemain pertahanan Johor Darul Takzim, Mahali Jasuli kembali dipanggil menyertai kem latihan skuad kebangsaan. 

Mahali, pernah membarisi skuad emas Piala Suzuki AFF 2010 dan Sukan SEA 2009 serta 2011 akan menggantikan Matthew sementara satu tempat lagi dikosongkan buat sementara waktu. 

Selain itu, Kim Swee turut mengharapkan tonggak pertahanan yang majoritinya dibarisi pemain JDT, bebas daripada kecederaan serius selepas pertemuan dengan kelab dari Filipina.

Skuad kebangsaan akan berdepan Myanmar di Yangon disusuli dua perlawanan playoff kelayakan Piala Asia 2019 menentang Timor-Leste di Larkin, pada 2 dan 6 Jun ini.